- Kemahiran berfikir secara kreatif amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.
- Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea sedia ada.
- Keupayaan meningkatkan pemikiran dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa proses pembelajaran.
- Menjana idea
- Membuat inferens
- Meramal
- Menghubungkaitkan
- Membuat hipotesis
- Mensintesis
- Mengitlak
- Menganalogi
- Membuat gambaran mental
- Mereka cipta
- Menjana idea merupakan suatu proses dalam menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
- Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1.
Tetapkan tajuk perbincangan.
2.
Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
3.
Renung kembali idea yang dikemukakan.
4.
Tambah lagi idea yang difikirkan.
5.
Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.Contoh kemahiran menjana idea:
Membuat Inferens
- Membuat inferens merupakan tingkah laku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat.
- Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan benar atau tidak benar kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian.
- Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
- Langkah
penggunaan
kemahiran
ini
adalah
2. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
3. Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
4. Semak alasan sama ada alasan itu berasaskan berpendapat atau pandangan, berikan alasan.
Contoh kemahiran membuat inferens:
Meramal
- Meramal merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu.
- Aktiviti membuat ramalan akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang diandaikan akan berlaku dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1.
Perhati
atau
mengumpul
maklumat.
2.
Tentukan
pola
yang terdapat
pada
kumpulan
maklumat.
3.
Buat
jangkaan
yang paling sesuai.
Contoh kemahiran meramal:
Menghubungkaitkan
- Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1. Kenal
pasti
masalah.
2.
Membuat
analisis
tentang
keadaan.
3.
Kenal
pasti
aspek
yang boleh
dihubung kaitkan.
4.
Membuat
pernyataan
tentang
perkaitan
Contoh kemahiran menghubungkaitkan:
Membuat Hipotesis- Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pemboleh ubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
- Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1.
Perhatikan
suatu
situasi
atau
keadaan.
2.
Nyatakan
mengapa
situasi
atau
keadaan sedemikian
berlaku.
3.
Berikan
satu
jawapan
yang rasional
sebagai
hipotesis.
4.
Semak
semula
sama
ada
hipotesis
tersebut
boleh
diuji atau
tidak.
Contoh kemahiran membuat hipotesis
Contoh kemahiran membuat hipotesis
Mensintesis
- Menggabungkan idea, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan grafik.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1. Kenal
pasti
dan
definisikan
tajuk,
perkara
atau subjek.
2. Kumpulkan
data atau
maklumat
yang berkaitan.
3.
Kelaskan
idea, data atau
maklumat
dalamkategori
yang berkaitan
dengan
tajuk,
perkara atau
subjek.
Contoh kemahiran mensintesis
Menganalogi
- Membentuk kefahaman tentang konsep secara mengaitkan konsep dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1.
Bandingkan
dua
perkara
yang tidak
sama.
2.
Cari
sifat
yang serupa
yang boleh
dihubung kaitkan.
3.
Nyata
hubung
kait
sebagai
metafora.
Contoh kemahiran menganalogi
Mereka Cipta
- Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuai kepada sesuatu yang sedia ada dalam maujud atau mujarad.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1. Kenal
pasti
keperluan,
cabaran
atau
persoalan.
2.
Menjana
idea.
3.
Pilih
idea yang paling sesuai
untuk
memnuhi
keperluan.
4.
Mencuba
dan
menguji
idea.
5.
Jika
tidak
memenuhi
keperluan,
ubah
suai
atau
pilih idea.
Contoh kemahiran mereka cipta
Membuat Gambaran
Mental
Membuat
tanggapan
atau
membayangkan
sesuatu
idea, konsep,
keadaan
atau
gagasan
dalam
minda
atau
fikiran.
Langkah
penggunaan
kemahiran
ini
adalah
1. Bayangkan
matlamat
tertentu.
2. Pilih
atau
tetapkan
titik
permulaan
3. Bayangkan
langkah
demi langkah
yang berlaku ke
arah
matlamat.
4. Lihat
keseluruhan
gambaran.
Contoh kemahiran membuat gambaran mental
Mengitlak
- Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan.
- Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1.
Mengumpul
data.
2.
Mencari
pola
yang sama
dan
membuat pengitlakan.
3.
Imbas
semula
kesahihan
pengitlakan
yang dibuat.
4.
Membuat
kenyataan.
Contoh kemahiran mengitlak
Bibliografi
Ainon
Mohd
& Abdullah Hassan (1999). Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif.Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Azman
Azwan
& Azlena
Zainal
(2008).Pengaplikasian Teknik Berfikir. Pulau
Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia
Munir
Shuib
&
Azman
Azwan
(2001). Pemikiran Kreatif . Selangor: Prentice Hall.
Munir
Shuib
& Azlena
Zainal
(2004). Aktiviti Berfikir. Kuala Lumpur: Prentice Hall.
No comments:
Post a Comment