Monday, 16 May 2016

Montaj Kemahiran Berfikir Secara Kreatif


Slaid Pembentangan


Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

  • Kemahiran berfikir secara kreatif amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.
  • Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea sedia ada.
  • Keupayaan meningkatkan pemikiran dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa proses pembelajaran.
Proses-Proses dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

  • Menjana idea
  • Membuat inferens
  • Meramal
  • Menghubungkaitkan
  • Membuat hipotesis
  • Mensintesis
  • Mengitlak
  • Menganalogi
  • Membuat gambaran mental
  • Mereka cipta
Menjana Idea
  • Menjana idea merupakan suatu proses dalam menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
  • Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
  1. Tetapkan tajuk perbincangan.
  2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
  3. Renung kembali idea yang dikemukakan.
  4. Tambah lagi idea yang difikirkan.
  5. Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Contoh kemahiran menjana idea:

Membuat Inferens

  • Membuat inferens merupakan tingkah laku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat.
  • Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan benar atau tidak benar kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian.
  • Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancang  langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah
1.  Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
2.  Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
3.  Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
4.  Semak alasan sama ada alasan itu berasaskan berpendapat atau pandangan, berikan alasan.

Contoh kemahiran membuat inferens:

Meramal

  • Meramal merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu.
  • Aktiviti membuat ramalan akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang diandaikan akan berlaku dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Perhati atau mengumpul maklumat.

  2. Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.

  3. Buat jangkaan yang paling sesuai.
Contoh kemahiran meramal:

Menghubungkaitkan

  • Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Kenal pasti masalah.

  2. Membuat analisis tentang keadaan.

  3. Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan.

  4. Membuat pernyataan tentang perkaitan
Contoh kemahiran menghubungkaitkan:
Membuat Hipotesis

  • Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pemboleh ubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
  • Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Perhatikan suatu situasi atau keadaan.

  2. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian berlaku.

  3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.

  4. Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak.
Contoh kemahiran membuat hipotesis 
Mensintesis
  • Menggabungkan idea, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan grafik.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.

  2. Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.

  3. Kelaskan idea, data atau maklumat dalamkategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek.
Contoh kemahiran mensintesis


Menganalogi
  • Membentuk kefahaman tentang konsep secara mengaitkan konsep dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Bandingkan dua perkara yang tidak sama.

  2. Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.

  3. Nyata hubung kait sebagai metafora.
Contoh kemahiran menganalogi


 Mereka Cipta
  • Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuai kepada sesuatu yang sedia ada dalam maujud atau mujarad.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.

  2. Menjana idea.

  3. Pilih idea yang paling sesuai untuk memnuhi keperluan.

  4. Mencuba dan menguji idea.

  5. Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih  idea.
Contoh kemahiran mereka cipta


Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Bayangkan matlamat tertentu.

  2. Pilih atau tetapkan titik permulaan

  3. Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.

  4. Lihat keseluruhan gambaran.
Contoh kemahiran membuat gambaran mental


Mengitlak
  • Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan.
  • Langkah penggunaan kemahiran ini adalah

  1. Mengumpul data.

  2. Mencari pola yang sama dan membuat pengitlakan.

  3. Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.

  4. Membuat kenyataan.
Contoh kemahiran mengitlak


Bibliografi
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999). Menyelesaikan  Masalah Secara Kreatif.Kuala Lumpur:   Utusan Publication.

Azman Azwan & Azlena Zainal (2008).Pengaplikasian Teknik  Berfikir. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains  Malaysia

Munir Shuib & Azman Azwan (2001). Pemikiran Kreatif  .  Selangor: Prentice Hall.

Munir Shuib & Azlena Zainal (2004). Aktiviti Berfikir.   Kuala Lumpur: Prentice Hall.